Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious

March 12, 2017


Assalamualaikum

Tak perasan betul rupanya blog nie dah 1 tahun 4 hari! Aduh sepatutnya entry nie dipublish betul betul 3 hari lepas. Tapi sebab terlupa memang agak frust sikit tapi takpelah benda dah lepas

Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious
Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious

ANNIVERSARY SHOUT OUT TO MY BLOG: ELSAALICIOUS! Yay alhamdulillah dah setahun Elsa hidupkan blog ini walaupun masih suam suam nail, setiap hari ada yang sudi datang ke blog Elsa semata-mata untuk tengok apa yang Elsa buat hari ini, entry berkaitan apa yang Elsa kongsikan pada hari ini, yang meninggalkan jejak dan yang mengklik segala iklan yang terpapar di blog Elsa, Elsa mengucapkan ribuan terima kasih kepada awak semua. Tanpa awak semua, blog Elsa nie tak hidup dengan bahagianya, terkontang-kanting dan tak teratur hahaha. Terima kasih semua

Pada tahun 2011, Elsa memang mempunyai blog. Pada masa itu, blog Elsa diedit sepenuhnya oleh Elsa sendiri dengan bantuan tutorial blogger terkenal. Elsa yang dulunya tak pernah mahir dan tengok langsung coding yang banyak, tapi selepas Elsa berblog, tiba-tiba saja Elsa kena belajar coding! Haha. Pada waktu itu juga blog itu adalah blog peribadi, tempat untuk memaki lah, untuk mengkritik lah, tempat untuk meluahkan perasaan terhadap orang yang kita suka lah, aduh memang sangat kebudak-budakan. Ye memang Elsa begitu dahulu sebab Elsa belum matang kot! Hahaha. Selepas Elsa masuk asrama pada pada tahun 2013, blog entah kemana. Sehingga lah pada 9 Mac 2016, Elsa kembali serius untuk berblog, Elsa bina blog baru, semuanya baru. Kali ini Elsa menempah untuk edit blog daripada orang lain. Ini kerana Elsa tak lalu dah nak hadap coding! Uish

Jadi bagi meraikan ulang tahun blog Elsaalicious, tuan kepada blog Elsaalicious telah menempah header daripada Sis Hawa. Ya Elsa memang sengaja nak surprisekan beliau di mana Elsa pernah cakap yang Elsa akan gunakan header yang Elsa tempah apabila hati Elsa dah terbuka nanti. Hahaha nampak tak ayat di atas macam kononnya Elsa tak suka dengan hasil kerja Sis Hawa? Haha tidak sama sekali tau! Elsa sengaja cakap macamtu nak buat surprise sikit dekat beliau hahaha. Sis Hawa lu kena beb! Hahahaha

Elsa memang jadikan header rekaan Sis Hawa sebagai hadiah untuk blog Elsaalicious. Bermaknanya dekat sini, tuan blog hadiahkan kepada blog sendiri. Faham kankan? Hikhik

Jadi inilah header yang Sis Hawa buatkan untuk Elsa. Elsa memang terkinja-kinja bila tengok hasilnya haritu dan rasa nak bubuh terus pada hari itu juga. Tapi Elsa dah fikirkan misi, jadi jangan hancurkan misi, Elsa

Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious
Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious

Sis Hawa juga ada berikan Elsa watermark percuma sebab haritu Sis Hawa terlewat bagi Elsa tengok header nie. Hehe tak lewat sangat pun tapi Elsa bersyukur sangat sebab watermark Elsa memang tak pernah tukar. Jadi inilah watermark dari Sis Hawa

Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious
Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious

Okay alhamdulillah, Header dan watermark Elsa dah bertukar! Blog Elsaalicious nampak gembira sebab dapat hadiah dari tuan blog hikhik. Elsa tukar latar belakang blog dari warna purple ke warna biru sebab header tak nampak sangat warna putih putih

Terima kasih Sis Hawa kerana sabar menunggu Elsa tukar header baru. Buat awak semua yang rasa nak hadiahkan sesuatu kepada blog awak sendiri, bolehlah cuba hasil kerja Sis Hawa. In Shaa Allah tak mengecewakan sebab Elsa sendiri dah cuba! Yay

Happy 1 Year Anniversary Blog: Elsaalicious

You Might Also Like

18 Comments

  1. Cantiknya header blog Elsa.. Semoga Elsa sentiasa mekar dan sentiasa menceriakan dunia blog.. =)

    ReplyDelete
  2. Wah tahniah Elsa.... hadiah pada diri sendiri ye... hihi... semoga terus berblog ya...

    ReplyDelete
  3. Happy 1 Year Anniversary.. Semoga sentiasa comel selalu..

    Best pula layan lagu kat blog elsa ni

    ReplyDelete
  4. wahh cantik header baru blog elsa :)

    ReplyDelete
  5. Happy 1st anniversary elsa. Stay chill and keep on blogging =)

    ReplyDelete
  6. wa kena beb!!! Adoi... sis nervous habis tau.. anyway, happy birthday elsalicous.. dan... tqsm terima kasih banyak2, sbb... sudi guna khidmat sis untuk buat hadiah harijadi untuk blog elsa yang ciut miut ni (tumpang bangga sbb ada sentuhan sis kat situ) Tahun depan kalau smbut birthday lagi harap x serik untuk dapatkan khidmat sis ya..hehe :D

    ReplyDelete
  7. hi elsa.. cantik header baru awakk :) buat sendiri ke? :)

    ReplyDelete
  8. Happy Birthday Elsalicios..Haha kesian missobsesi, tuan dia tak ingat birthday dia,kekekeke.

    Lawaa header,,oooo ni la suprise sis awa haritu,hehe

    ReplyDelete
  9. Yeaayyyy dapat juga tengok! Caanntiikkkk... Sesuai konsep 'Elsa'. Semoga terus success dalam dunia blogging ni. Muahciked 😘

    ReplyDelete
  10. happy 1st blog elsa!

    mantap blog, macam dah lama berblogging, IQ punya nak masuk 8 tahun tahun ni pun macam newbie lagi..hehe

    ReplyDelete
  11. Happy birthday!! Moga blog makin meriah lepasni.

    Makin bertambah ke'frozen'an dekat header tuu. hihi

    ReplyDelete
  12. semoga terus maju jaya dalam dunia blogging ye :) cantik header tu bak ada aura puteri ais hehe

    ReplyDelete
  13. Cantiknyaaaa header baru elsa! Masuk je blog ni terus rasa nak nyanyi lagu let it goooo let it gooo hehehe.

    ReplyDelete
  14. Sangat bersesuaian header dan tema baru blog Elsa dengan nama Elsa. Hihi. Let It Go.. Let It Go.. keep blogging dear <3

    ReplyDelete
  15. Happy 1st Anniversarry Blog Elsa.. semoga terus succes dan berblogging ya.. 😊

    ReplyDelete